Minggu
9
Tema: Pembiakan tut tumbuhan
Pengenalan:
Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan salah satu teknik pembiakan yang
dilakukan pada dahan atau ranting yang masih melekat pada pokok induk. Teknik
ini menyekat bahagian yang terlibat daripada mendapat makanan dan air daripada
pokok induk. Apabila dahan itu disekat daripada memperolehi makanan dan air
daripada pokok induk, maka keluarlah akar daripada dahan tersebut untuk mencari
makanan dan air. Tujuan pembiakan tut ini ialah untuk mendapat hasil anak pokok
yang sama dengan induk dalam jangka masa yang singkat. Antara kelemahan
pembiakan secara tut ini pula ialah pokok cepat tumbang kerana pokok tidak
mempunyai akar tunjang.
Bahan-bahan:
|
Bahan-bahan
|
Penerangan
|
|
Jeffry pallet
|
·
Merupakan medium tanah yang akan digunakan
untuk menutup permukaan batang yang telah dikerat.
·
Direndam selama sejam supaya ia kembang dan
lembut.
|
|
Peatmoss
|
·
Merupakan medium tanah sama seperti Jeffry
pallet. Sekiranya jeffry pallet tiada, peatmoss boleh digunakan juga.
|
|
Plastik putih
|
·
Digunakan untuk membungkus tanah yang
digunakan untuk menutup permukaan batang yang telah dikerat supaya tidak
jatuh.
|
|
Tali
|
·
Tali digunakan untuk mengikat plastic pada
bahagian yang dibua tut.
|
|
Pisau
|
·
Pisau digunakan untuk memotong bahagian
ranting poko untuk membuat bahagian kulit luar supaya makanan dan air tidak
boleh disalurkan kepada bahagian tumbuhan yang ditutkan.
|
|
Penggalak akar
|
·
Penggalak akar digunakan sekiranya kita
menggunakan peatmoss.
·
Sekiranya menggunakan Jeffry pallet, penggalak
akar tidak diperlukan lagi.
|
|
|
Langkah-langkah:
1.
Pengenalan kepada pembelajaran
Sebelum amali dimulakan, Pn. Salina memberi penerangan mengenai kaedah
pembiakan tut dilakukan dan beliau menunjukkan beberapa jenis alatan yang akan
digunakan untuk pembiakan tut.
2.
Penghasilan jeffry pallet dan peatmoss
Untuk
jeffry pallet ia boleh didapati di kedai yang berkaitan dan apabila kita
menggunakan Jeffry pallet dalam membuat pembiakan tut, ianya perlulah direndam
ke dalam air selama sejam hingga ianya kembang 3 kali ganda dari saiz asal. Manakala
jika menggunakan peatmoss, pastikan peatmoss dibasahkan dahulu sedih hingga ia
boleh membentuk sebuah bebola yang tidak rapuh.
3.
Penerangan kaedah pembiakan tut
Setelah
sampai ke dusun UTM, Pn. Salina memberi tunjuk ajar cara-cara yang betul untuk
membuat pembiakan secara tut. Setelah habis memberi penerangan kami diarahkan
untuk mencari pokok induk yang sesuai untuk membuat tut.
4.
Memilih dahan pokok induk
Kami
diarahkan untuk memilih dahan pokok yang sesuai untuk dijadikan tut. Setelah
memilih dahan pokok, baru proses mengkelar ranting pokok dilakukan. Pastikan
semasa mengkelar ranting pokok saiznya dalam 2-4 cm dan jangan terlalu kecil
bagi menggelakkan kulit ranting pokok bersentuhan yang akan menyebabkan makanan
dan air dapat di hantar kepada ranting yang ingin ditutkan.
5.
Pengeringan dahan pokok
Setelah
dikelar kulit pokok dan dikupaskan kulitnya, pastikan bahagian yang telah
dikupas tadi kering dan sekiranya tidak kering kikiskan sedikit permukaan dahan
tersebut menggunakan bahagian belakang pisau untuk mengeringkannya. Setelah dikeringkan,
sapukan serbuk penggalak akar pada bahagian yang akan berlakunya pertumbuhan
akar. Serbuk penggalak akar digunakan bertujuan supaya akar dapat tumbuh dengan
cepat.
6.
Penampalan Jeffry pallet atau peatmoss
Setelah
selesai menyapu serbuk penggalak akar pada bahagian yang berkaitan, kemudian
tampalkan jeffry pallet atau peatmoss pada bahagian tempat akar akan tumbuh. Sekiranya
menggunakan jeffry pallet, pastikan ianya dibelah dibahagian tengah sebagai
tempat untuk memasukkan ranting pokok. Manakala jika menggunakan peatmoss,
pastikan peatmoss tersebut dibahagikan kepada dua bahagian kemudian tekapkan
pada ranting pokok yang berkaitan. Pastikan ianya ditekap dengan padat.
7.
Pembalutan bahagian tut
Setelah
peatmoss atau jeffry pallet ditampalkan pada bahagian tut, seterusnya bahagian
tersebut perlulah dibalut menggunakan plastic putih agar medium tanah yang
digunakan tadi tidak jatuh dan akar dapat tumbuh dengan mudah. Plastic putih digunakan
untuk membalut bahagian tut adalah bertujuan agar mudah bagi kita untuk
mengenalpasti pertumbuhan akarnya.
Kesimpulan:
Pembiakan tut adalah
antara pembiakan yang sangat mudah untuk dilakukan dengan bahan-bahan yang
digunakan juga mudah untuk didapati dipasaran. Bagi mendapatkan hasil anak
pokok yang sama dengan induknya, pembiakan tut adalah amat sesuai digunakan
kerana pembiakan tut tidak akan mengubah apa-apa pada tumbuhan baru. Selain itu,
pembiakan tut ini juga mengambil masa yang singkat untuk tumbuhan baru
menghasilkan buah





















No comments:
Post a Comment