Minggu 6
Tema: percantuman baji dan pembiakan bebawang
Pengenalan:
Pembiakan
secara cantuman ini juga dikenali sebagai pertunasan. Percantuman baji ini
dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik dan
pelbagai. Klon terbaru ini lebih baik dari segii ketahanan penyakit, tahan
terendam air dan sebagainya. Selain itu, cantuman dapat memperbaiki sistem
dahan pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah.
Akhir sekali, cantuman dapat membiakkan tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan
dengan kaedah-kaedah lain.
Proses
pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu penanti dan
sion. Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya akn digunakan di dalam
cantuman ini. Pokok sion pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau
ranting yang akan dicantumkan dengan pokok penanti. Kejayaan sesuatu cantuman
bergantung pada sel-sel cambium pokok penanti dansion boleh bercantum atau
tidak. Oleh itu, cantuman baji ini selalu dilakukan pada tumbuhan yang
mempunyai spesies yang sama.
Alatan
dan bahan:
ALATAN
|
PENERANGAN
|
Plastik
|
·
Digunakan untuk menutup cantuman yang telah
dilakukan supaya tidak terkena air.
|
Pita
parafilem
|
·
Digunakan mencantumkan pokok penanti dan sian supaya
bercantum dengan ketat.
|
Tali
rafia
|
·
Digunakan untuk mengikat plastic pada pokok kayu
yang dilindungi supaya plastik tidak tercabut.
|
Pisau
lipat
|
·
Digunakan untuk membelah dahan pokok penanti kepada
2 belah.
|
Sekatur
|
·
Digunakan untuk memotong pujuk pokok yang akan
digunakan sebagai sian untuk dipindahkan ke pokok penanti.
|
Pokok
sion
|
·
Pokok yang akan dipindahkan kepada pokok penanti
yang akan menjadi klon baru pada pokok penanti.
|
Pokok
penanti
|
·
Pokok yang akan menerima pokok sion dan membantu
pokok sion untuk hidup.
|
Langkah-langkah
cantuman:
1.
Penerangan
mengenai percantuman baji
Sebelum kami memulakan amali,
penerangan dan pengenalan kepada cantuman baji telah diperkenalkan kepada kami
oleh pembantu pertanian. Kami telah diperkenalkan dengan bahan-bahan yang akan
digunakan sepanjang membuat percantuman baji dan langkah-langkah keselamatan
yang perlu dipatuhi. Selain itu, beliau juga telah memberi contoh-contoh pokok
yang boleh menggunakan percantuman baji seperti pokok bunga raya dan
sebagainya. Setelah selesai memberi penerangan, barulah kami mula membuat
tugasan kami.
2.
Penyediaan
pokok penanti
Pokok penanti merupakan tempat pokok
sion akan mendapat makanan dan pokok sian akan dipindahkan pada pokok penanti.
Bahagian pucuk pokok penanti dipotong dan dengan menggunakan pisau lipat, belah
pucuk pokok kepada 2 bahagian sekurang-kurangnya 2cm.
3.
Penyediaan
pokok sion
Pemilihan pokok sion yang ingin
diklonkan mestilah sihat dan lurus. Potong pucuknya dan dengan menggunakan
pisau pangkal pucuk dipotong berbentuk V kira-kira 2cm. daun-daun pucuk yang
dibuang dan tinggalkan 1-2 daun sahaja untuk memudahkan kita mengenalpasti
percantuman yang kita lakukan adalah berhasil atau tidak.
4.
Penyisipan
pucuk ke pokok penanti
Pucuk dari pokok sion tadi akan
disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah kepada 2 bahagian tadi.
Pastikan pokok penanti lebih besar dari pokok sion atau sama saiz bagi
menggalakkan cambium antara 2 pokok dapat bercantum.
5.
Membalutkan
cantuman menggunakan pita parafilem
Setelah dicantumkan,
cantuman ini diikat menggunakan parafilem bagi mengelakkan air masuk. Kemudian
pokok yang telah dicantum ditutup dengan plastik dan bagi mengelakkan plastik
terbuka ia diikat menggunakan tali.
Langkah
keselamatan:
·
Gunakan pisau yang tajam dan bersih.
·
Jangan potong bahagian yang telah dipotong
berbentuk baji atau V.
·
Lakukan cantuman segera selepas baji dibentukkan.
·
Lakukan cantuman pada waktu pagi atau
lewat petang.
PEMBIAKAN BEBAWANG
Pengenalan
Pembiakan secara bebawang dikategorikan sebagai pembiakan
tampang yang berlaku secara semulajadi. Pembiakan tampang ialah pembiakan yang
menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, daun, batang dan
sebagainya. Pembiakan tampang ini bertujuan untuk menghasilkan tumbuhan yang
sama dengan induknya. Kebaikan pembiakan tampang ialah kita dapat menghasilkan
anak pokok yang sama dengan induknya. Selain itu, pokok cepat berbuah dan
berbunga.
Alatan dan bahan
Bahan-bahan
|
Penerangan
|
Sudip
|
·
Sudip digunakan untuk memindahkan medium tanah
ke dalam bekas yang akan digunakan untuk menanam pokok.
|
Pasu
|
·
Tempat pembiakan pokok akan disimpan.
|
Pokok spider lily
|
·
Gunakan bawang pokok lily untuk ditanam untuk
menghasilkan anak pokok baru.
|
pittmoss
|
·
Digunakan sebagai medium tanah untuk
mengalakkan pertumbuhan bawang lily.
|
Langkah-langkah
1.
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat pembiakan bebawang seperti sudip, pasu, pokok berubi dan pittmoss.
2.
Pokok spider lily yang diambil tadi dibuang
bahagian daunnya dan akar. kemudian ambil bahagian bawang yang ada. Bawang pokok
lily tersebut dipotong kepada 2 bahagian untuk menghasilkan 2 anak pokok yang
baharu.
3.
Pasu diisi dengan pittmoss sebanyak 3 per 4
pasu. Gunakan sudip untuk memasukkan pittmoss ke dalam pasu.
4.
Ambil bahagian bawang yang telah dipotong kepada
2 bahagian tadi lalu ditanam. Dari 1 bebawang akan dapat menghasilkan 2 pokok
baru.





















No comments:
Post a Comment