I.
Proses
menuai:
Setelah sayur
sudah membesar, proses menuai sangat digalakkan kerana sayuran sudah cukup
matang dan boleh dipetik. Oleh itu, sayur perlu dipetik bagi mengelakkan
berlaku kerosakan dan kereputan pada sayuran. Dengan cara itu, sayur boleh
dimakan dengan selamat. Terdapat sayuran seperti bayam merah, pak choi, bayam
hijau dan sebagainya jenis sayuran yang dipetik. Cara memetiknya adalah dengan
mencabutkan bahagian sayuran daripada akarnya di dalam tanah. Oleh itu penting
bagi mencabut dengan baik supaya sayuran tidak rosak.
II.
Proses membasuh
Selepas sayur dipetik, penting bagi
mengekalkan sayur dalam keadaan bersih dan juga selamat untuk dimakan. Oleh
itu, sayur yang dipetik perlu dibilas dan dibasuh terlebih dahulu bagi
menghilangkan kekotoran yang terdapat dalam sayuran seperti akar yang penuh
dengan tanah. Selain itu, bagi membuang serangga yang terdapat pada sayuran.
Cara membasuh adalah dengan merendam sayuran di dalam satu bekas besar bagi
menghilangkan tanah pada akar. Kemudian basuh semula di dalam bekas yang bersih
bagi sayuran lebih bersih.
III. Menimbang
Sebeum proses pembungkusan di lakukan,
setiap sayuran di timbang dahulu untuk memastikan berat setiap sayuran yang
bakal di jual sama dan di jual pada harga yang sama.
IV.
Proses membungkus sayuran.
Setelah sayuran selesai dibasuh,
penting bagi membiarkan sayuran kering sedikit terlebih dahulu. Selepas itu,
proses membungkus sayuran dilakukan. Sayuran yang telah dikeringkan, perlu
diasingkan sayuran yang rosak dan yang boleh dijual. Setelah itu, proses
membungkus terdapat dua cara yang kami lakukan. Yang pertama adalah dengan
membungkus biasa sahaja iaitu letakkan di dalam plastic pembungkus. Manakala
satu lain adalah dengan cara bungkusan bunga (bouquet). Cara pembungkusan ini
lebh menarik tetapi perlu lihat jenis sayuran yang sesuai digunakan.
V.
Proses menjual sayur
Setelah selesai semua proses, yang
terakhir adalah menjual kepada warga utm. Bagi yang pergi menjual terdapat
beberapa wakil sahaja yang menjual selebihnya membuat tugasan lain. Oleh itu,
proses menjual ini penting bagi mendapatkan balik keuntungan yang digunakan
bagi menaman sayuran. Antara lokasi yang dijual adalah sekitar UTM seperti
fakulti pendidikan.
2. 2. Proses menanam biji benih kacang
Proses menaman biji benih kacang adalah
tugasan yang kedua dilakukan setelah menanam sayuran. Sebelum memulakan proses
penanaman, penting untuk mendengar arahan daripada guru penasihat. Mereka telah
menerangkan terlebih dahulu mengenai cara menanam biji benih jagung dengan
betul.
I.
Menggembur tanah
Setelah sayuran dikutip, tanah yang
telah digunakan akan digembur semula bagi mengelakkan tanah tersebut kering dan
kasar. Oleh itu penting untuk menggembur tanah semula. Bagi hasil tanaman
sayuran yang terdapat pada tanah lagi, gemburan tanah boleh dilakukan pada
tengah-tengah sayuran. Oleh itu, tidak mengganggu proses semain.
II.
Proses menanda dan semaian biji benih
jagung.
Setelah selesai menggembur tanah,
penting untuk membuat semaian biji benih. Biji benih jagung adalah biji benih
yang keras. Oleh itu, penting bagi merendamkan biji jagung semalaman bagi mengurangkan
kekersan kulit biji benih. Dengan itu mudah bagi biji bneih tumbuh dengan baik.
Selain itu, proses semaian biji benih dilakukan. Terdapat 30 biji benih yang
diberi. Lot tanah aka dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian
terdapat 10 biji binih jagung. Cara yang terbaik untuk menaman adalah dengan
cara menanam secara zigzag. Hal ini
kerana dapat membantu dalam pertumbuhan yang baik. Setelah ditanam, tandakan
dengan kayu kecil bagi memudahkan pengecaman biji benih jagung ditanam.
III.
Proses menyembur racun serangga di
sekeliling lot tanah
Proses seterusnya yang dilakukan adalah
menyembur racun serangga di sekitar kawasan lot tanah. Caranya adalah dengan
menyembur pada kayu lot sekeliling bagi mengelak berlakunya serangan daripada
serangga. Oleh itu, tanaman dapat dipelihari dengan baik.
IV.
Proses memasang jarring dan menyiram
biji benih
Proses yang terakhir adalah dengan cara
menyiram biji benih yang telah ditanam dan kemudiannya meletakkan jarring hitam
di atasnya. Tujuan penyiraman adalah membekalkan nutrient kepada biji benih
manakala meletakkan jarring adalah untuk mengelakkan cahaya matahari yang terus
kepada biji benih.







No comments:
Post a Comment