Pengenalan
Reaksi
Fotosintesis:
Secara
umum tumbuhan menggunakan karbondioksida dan air untuk menghasilkan
glukosa/gula dan oksigen yang diperlukan sebagai makanannya dalam proses
fotosintesis dengan bantuan cahaya matahari. Berikut ini adalah persamaan
reaksi fotosintesis.
6H2O + 6CO2 + cahaya → C6H12O6 + 6O2
H2O
= air CO2 = karbondioksida C6H12O6 = gula/glukosa O2 = oksigen
Faktor-Faktor
Yang Diperlukan Untuk Fotosintesis:
i.
Cahaya matahari
ii.
Klorofil
iii.
Air
iv.
Karbon Dioksida
Kepentingan
Fotosintesis
i.
Fotosintesis membekalkan makanan kepada
semua organisma
ii. Fotosintesis terlibat secara langsung
dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas
dalam udara
iii. Membekalkan makanan kepada haiwan
iv.
Menyingkirkan karbon dioksida daripada
atmosfera.
v. Membolehkan tumbuhan hijau membuat
makanan sendiri.
vi.
Mengawal dan mengekalkan kandungan
karbon dioksida dalam udara.
2. ALATAN
DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
I.
Alatan-alatan yang digunakan:
|
BAHAN
|
GAMBAR
|
|
1. Tabung uji
-
Untuk
mengisikan atau memanaskan ethanol dalam kuantiti yang sedikit.
|
|
|
2. Pemegang tabung uji
-
Untuk
memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.
|
|
|
3. Piring petri
-
Untuk
meletakkan bahan untuk diuji dengan iodin.
|
|
|
4. Bikar 500 ml
-
Untuk
meletakkan dan mengukur cecair seperti ethanol.
|
|
|
5. Bekas air mendidih
-
Untuk
memanaskan air dengan suhu yang dikehendaki.
|
|
|
6. Forsep
-
Untuk
menyepit daun bagi memasukkan atau mengeluarkannya di dalam tabung uji.
|
|
|
7. Pisau dan papan pemotong
-
Untuk
memotong daun kepada bahagian yang lebih kecil bagi membuat uji kaji
|
|
|
8. Alat penyukat suhu
-
Untuk
menyukur suhu yang optimum dalam sesuatu uji kaji.
|
|
II.
Bahan-bahan yang digunakan:
|
BAHAN
|
GAMBAR
|
|
1. Daun hijau
-
Untuk
mengeluarkan klorofil bagi membantu dalam membuat makanan sendiri.
|
|
|
2. Alkohol ( Ethanol C2H5OH)
-
Mengeluarkan
klorofil pada pigment daun.
|
|
|
3. Iodin
-
Iodin
membantu dalam mengesan kehadiran kanji yang terdapat di dalam daun hijau.
|
|
|
4. Air mendidih
-
Untuk melembutkan
daun bagi mudah keluarkan klorofil.
|
|
KAEDAH
YANG DIGUNAKAN:
1. Dedaun
dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa
jam.
2. Satu
tabung uji akan digunakan bagi memasukkan bahan alkohol iaitu ethanol. Ethanol sifatnya
adalah bersifat berwap. Selepas itu, ethanol akan dimasukkan ke dalam tabung
uji sebanyak 3 cm. Tuliskan nama pada tabung uji.
3. Daun
akan dihiris dalam bahagian yang kecil bagi memudahkan daun hijau masuk ke
dalam tabung uji.
4. Air
yang perlu dididihkan suhunya sebanyak 100 darjah selama. Masukkan daun hijau yang
telah dipotong ke dalam air yang telah dididihkan. Masa yang digunakan bagi
melembutkan daun hijau iaitu selama 1 minit. Kalau suhu yang dididihkan kurang akan
melambatkan daun hijau untuk lembut.
5. Setelah
selesai melembutkan daun hijau, langkah seterusnya adalah dengan memasukkan
daun tersebut ke dalam ethanol. Kemudiannya, rendamkan tabung uji di dalam air
yang dididihkan iaitu pada bekas air mendidih yang seterusnya selama 5 minit.
Pada fasa ini, daun tersebut akan mengeluarkan warna daun iaitu hijau. Warna
hijau daun tersebut dipanggil klorofil.
6. Setelah
selesai mendidihkan klorofil, dengan menggunakan forsep untuk mengeluarkan daun
yang direndam pada ethanol.
7. Daun
tersebut akan direndamkan di dalam air panas bagi menghilangkan ethanol yang
terlekat pada daun tersebut. Proses dilakukan selama 1 minit.
8. Langkah
seterusnya adalah dengan mengeluarkan daun yang direndam dan masukkan ke dalam
piring petri.
9. Kemudian,
titiskan iodin ke atas daun hijau yang terdapat di dalam piring petri. Iodin
digunakan sebagai agen untuk melihat kehadiran kanji di dalam daun. Apa yang
akan dilihat, terdapat tompokan gelap di atas daun tersebut.
HASIL
PEMERHATIAN
|
PEMERHATIAN
|
GAMBAR
|
|
1. Warna asal iodin
- Iodin
pada asalnya berwarna kuning keperangan.
|
|
|
2. Warna daun sebelum ujikaji
-
Daun
yang digunakan sebelum uji kaji berwarna hijau.
|
|
|
3. Warna ethanol yang direndam bersama daun hijau
apabila dididihkan.
-
Ethanol
yang telah direndam bersama daun akan bertukar daripada warna putih
kejernihan kepada warna kehijauan disebabkan ethanol telah mengeluarkan
klorofil.
|
|
|
4. Warna daun setelah diletakkan iodin
-
Setelah
diletakkan iodin, warna daun akan bertukar daripada hijau kepada biru pekat
dan boleh dilihat seperti tompokan di atas daun tersebut.
|
|











































