Wednesday, November 28, 2018

Minggu 10 : Proses Fisologi ( Fotosintesis)


Pengenalan
Reaksi Fotosintesis:
Secara umum tumbuhan menggunakan karbondioksida dan air untuk menghasilkan glukosa/gula dan oksigen yang diperlukan sebagai makanannya dalam proses fotosintesis dengan bantuan cahaya matahari. Berikut ini adalah persamaan reaksi fotosintesis.

6H2O + 6CO2 + cahaya → C6H12O6 + 6O2

H2O = air         CO2 = karbondioksida         C6H12O6 = gula/glukosa        O2 = oksigen

Faktor-Faktor Yang Diperlukan Untuk Fotosintesis:

                    i.            Cahaya matahari
                   ii.            Klorofil
                  iii.            Air
                   iv.            Karbon Dioksida

Kepentingan Fotosintesis

                       i.            Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma
                     ii.           Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu                    mengekalkan kandungan gas dalam udara
                    iii.           Membekalkan makanan kepada haiwan
                    iv.            Menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera.
                     v.             Membolehkan tumbuhan hijau membuat makanan sendiri.
                    vi.            Mengawal dan mengekalkan kandungan karbon dioksida  dalam udara.


     2.      ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

       I.            Alatan-alatan yang digunakan:

BAHAN

GAMBAR

            1.      Tabung uji
                -          Untuk mengisikan atau memanaskan                       ethanol dalam kuantiti yang sedikit.





            2.      Pemegang tabung uji
         -          Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.




          3.      Piring petri
           -          Untuk meletakkan bahan untuk diuji dengan iodin.







         4.      Bikar 500 ml
       -          Untuk meletakkan dan mengukur cecair seperti ethanol.





            5.      Bekas air mendidih
             -          Untuk memanaskan air dengan suhu yang dikehendaki.






        6.      Forsep
             -          Untuk menyepit daun bagi memasukkan atau mengeluarkannya di dalam tabung uji.




          7.      Pisau dan papan pemotong
         -          Untuk memotong daun kepada bahagian yang lebih kecil bagi membuat uji kaji




          8.      Alat penyukat suhu
           -          Untuk menyukur suhu yang optimum dalam sesuatu uji kaji.






    II.            Bahan-bahan yang digunakan:

BAHAN

GAMBAR

         1.      Daun hijau
        -          Untuk mengeluarkan klorofil bagi membantu dalam membuat makanan sendiri.





           2.      Alkohol ( Ethanol C2H5OH)
            -          Mengeluarkan klorofil pada pigment daun.



           3.      Iodin
           -          Iodin membantu dalam mengesan kehadiran kanji yang terdapat di dalam daun hijau.







         4.      Air mendidih
         -          Untuk melembutkan daun bagi mudah keluarkan klorofil.






 KAEDAH YANG DIGUNAKAN:

        1.      Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.


       2.      Satu tabung uji akan digunakan bagi memasukkan bahan alkohol iaitu ethanol. Ethanol sifatnya adalah bersifat berwap. Selepas itu, ethanol akan dimasukkan ke dalam tabung uji sebanyak 3 cm. Tuliskan nama pada tabung uji.

      3.      Daun akan dihiris dalam bahagian yang kecil bagi memudahkan daun hijau masuk ke dalam tabung uji.
 
  
       4.      Air yang perlu dididihkan suhunya sebanyak 100 darjah selama. Masukkan daun hijau yang telah dipotong ke dalam air yang telah dididihkan. Masa yang digunakan bagi melembutkan daun hijau iaitu selama 1 minit.  Kalau suhu yang dididihkan kurang akan melambatkan daun hijau untuk lembut.
 
 
      5.      Setelah selesai melembutkan daun hijau, langkah seterusnya adalah dengan memasukkan daun tersebut ke dalam ethanol. Kemudiannya, rendamkan tabung uji di dalam air yang dididihkan iaitu pada bekas air mendidih yang seterusnya selama 5 minit. Pada fasa ini, daun tersebut akan mengeluarkan warna daun iaitu hijau. Warna hijau daun tersebut dipanggil klorofil.
 

      6.      Setelah selesai mendidihkan klorofil, dengan menggunakan forsep untuk mengeluarkan daun yang direndam pada ethanol.

        7.      Daun tersebut akan direndamkan di dalam air panas bagi menghilangkan ethanol yang terlekat pada daun tersebut. Proses dilakukan selama 1 minit.

         8.      Langkah seterusnya adalah dengan mengeluarkan daun yang direndam dan masukkan ke dalam piring petri.
  
        9.      Kemudian, titiskan iodin ke atas daun hijau yang terdapat di dalam piring petri. Iodin digunakan sebagai agen untuk melihat kehadiran kanji di dalam daun. Apa yang akan dilihat, terdapat tompokan gelap di atas daun tersebut.
 


         HASIL PEMERHATIAN

PEMERHATIAN
GAMBAR

        1.      Warna asal iodin
     -    Iodin pada asalnya berwarna kuning keperangan.



        2.      Warna daun sebelum ujikaji
      -          Daun yang digunakan sebelum uji kaji berwarna hijau.




      3.      Warna ethanol yang direndam bersama daun hijau apabila dididihkan.
      -          Ethanol yang telah direndam bersama daun akan bertukar daripada warna putih kejernihan kepada warna kehijauan disebabkan ethanol telah mengeluarkan klorofil.


       4.      Warna daun setelah diletakkan iodin
      -          Setelah diletakkan iodin, warna daun akan bertukar daripada hijau kepada biru pekat dan boleh dilihat seperti tompokan di atas daun tersebut.


 




Saturday, November 17, 2018

Minggu 9: Pembiakan tut tumbuhan



Minggu 9


Tema: Pembiakan tut tumbuhan




Pengenalan:



Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan salah satu teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih melekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat bahagian yang terlibat daripada mendapat makanan dan air daripada pokok induk. Apabila dahan itu disekat daripada memperolehi makanan dan air daripada pokok induk, maka keluarlah akar daripada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air. Tujuan pembiakan tut ini ialah untuk mendapat hasil anak pokok yang sama dengan induk dalam jangka masa yang singkat. Antara kelemahan pembiakan secara tut ini pula ialah pokok cepat tumbang kerana pokok tidak mempunyai akar tunjang.





Bahan-bahan:



Bahan-bahan
Penerangan

Jeffry pallet



·         Merupakan medium tanah yang akan digunakan untuk menutup permukaan batang yang telah dikerat.
·         Direndam selama sejam supaya ia kembang dan lembut.
Peatmoss

·         Merupakan medium tanah sama seperti Jeffry pallet. Sekiranya jeffry pallet tiada, peatmoss boleh digunakan juga.
Plastik putih



·         Digunakan untuk membungkus tanah yang digunakan untuk menutup permukaan batang yang telah dikerat supaya tidak jatuh.
Tali 

·         Tali digunakan untuk mengikat plastic pada bahagian yang dibua tut.
Pisau 


·         Pisau digunakan untuk memotong bahagian ranting poko untuk membuat bahagian kulit luar supaya makanan dan air tidak boleh disalurkan kepada bahagian tumbuhan yang ditutkan.
Penggalak akar


·         Penggalak akar digunakan sekiranya kita menggunakan peatmoss.
·         Sekiranya menggunakan Jeffry pallet, penggalak akar tidak diperlukan lagi.






Langkah-langkah:



1.       Pengenalan kepada pembelajaran



Sebelum amali dimulakan, Pn. Salina memberi penerangan mengenai kaedah pembiakan tut dilakukan dan beliau menunjukkan beberapa jenis alatan yang akan digunakan untuk pembiakan tut. 
    

2.       Penghasilan jeffry pallet dan peatmoss



Untuk jeffry pallet ia boleh didapati di kedai yang berkaitan dan apabila kita menggunakan Jeffry pallet dalam membuat pembiakan tut, ianya perlulah direndam ke dalam air selama sejam hingga ianya kembang 3 kali ganda dari saiz asal. Manakala jika menggunakan peatmoss, pastikan peatmoss dibasahkan dahulu sedih hingga ia boleh membentuk sebuah bebola yang tidak rapuh.
     




3.       Penerangan kaedah pembiakan tut



Setelah sampai ke dusun UTM, Pn. Salina memberi tunjuk ajar cara-cara yang betul untuk membuat pembiakan secara tut. Setelah habis memberi penerangan kami diarahkan untuk mencari pokok induk yang sesuai untuk membuat tut.
  




4.       Memilih dahan pokok induk


Kami diarahkan untuk memilih dahan pokok yang sesuai untuk dijadikan tut. Setelah memilih dahan pokok, baru proses mengkelar ranting pokok dilakukan. Pastikan semasa mengkelar ranting pokok saiznya dalam 2-4 cm dan jangan terlalu kecil bagi menggelakkan kulit ranting pokok bersentuhan yang akan menyebabkan makanan dan air dapat di hantar kepada ranting yang ingin ditutkan.
      




5.       Pengeringan dahan pokok


Setelah dikelar kulit pokok dan dikupaskan kulitnya, pastikan bahagian yang telah dikupas tadi kering dan sekiranya tidak kering kikiskan sedikit permukaan dahan tersebut menggunakan bahagian belakang pisau untuk mengeringkannya. Setelah dikeringkan, sapukan serbuk penggalak akar pada bahagian yang akan berlakunya pertumbuhan akar. Serbuk penggalak akar digunakan bertujuan supaya akar dapat tumbuh dengan cepat.
   




6.       Penampalan Jeffry pallet atau peatmoss


Setelah selesai menyapu serbuk penggalak akar pada bahagian yang berkaitan, kemudian tampalkan jeffry pallet atau peatmoss pada bahagian tempat akar akan tumbuh. Sekiranya menggunakan jeffry pallet, pastikan ianya dibelah dibahagian tengah sebagai tempat untuk memasukkan ranting pokok. Manakala jika menggunakan peatmoss, pastikan peatmoss tersebut dibahagikan kepada dua bahagian kemudian tekapkan pada ranting pokok yang berkaitan. Pastikan ianya ditekap dengan padat.



    




7.       Pembalutan bahagian tut


Setelah peatmoss atau jeffry pallet ditampalkan pada bahagian tut, seterusnya bahagian tersebut perlulah dibalut menggunakan plastic putih agar medium tanah yang digunakan tadi tidak jatuh dan akar dapat tumbuh dengan mudah. Plastic putih digunakan untuk membalut bahagian tut adalah bertujuan agar mudah bagi kita untuk mengenalpasti pertumbuhan akarnya.
  







Kesimpulan:

 Pembiakan tut adalah antara pembiakan yang sangat mudah untuk dilakukan dengan bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati dipasaran. Bagi mendapatkan hasil anak pokok yang sama dengan induknya, pembiakan tut adalah amat sesuai digunakan kerana pembiakan tut tidak akan mengubah apa-apa pada tumbuhan baru. Selain itu, pembiakan tut ini juga mengambil masa yang singkat untuk tumbuhan baru menghasilkan buah