Minggu 4
Tema: Kaedah tanaman tumbuhan
1.
Pengenalan kepada pembelajaran.
Seperti biasa, sebelum memulakan kelas kami
diberi penerangan mengenai pengajaran pada hari ini iaitu berkaitan dengan
kaedah penanaman tumbuhan secara keratan batang. Diberi penerangan mengenai
contoh-contoh tumbuhan yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang
dan yang tidak boleh. Tumbuhan yang berbuah seperti durian, rambutan, betik dan
sebagainya tidak sesuai dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang kerana ia
berbiji, oleh itu ia lebih sesuai menggunakan kaedah biji benih. Ciri-ciri
tumbuhan yang sesuai menggunakan kaedah keratan batang ialah tumbuhan yang
berbatang sederhana keras dan pokok yang bersaiz kecil.
2.
Pengenalan kepada nisbah tanah.
Dalam penanaman, nisbah tanah amat penting.
Sekiranya tanah tersebut sangat berpasir ia akan mengakibatkan tumbuhan
terbantut pembesarannya. Oleh itu, dalam penanaman ia mempunyai nisbah tanah
yang tersendiri seperti 3:2:1, 7:3:2, 2:1:1 (tanah : bahan organik : pasir ).
Ini merupakan nisbah yang terbaik untuk medium tanah.
3.
Proses penanaman.
Terlebih dahulu kami diberi tunjuk ajar
cara untuk membuat penanaman menggunakan kaedah keratan batang. Kami telah
diberi teguran cara yang betul dan cara yang tidak sepatutnya dilakukan untuk
menanam menggunakan kaedah keratan batang. Selain itu kami juga kenalkan kepada
beberapa bahan yang diperlukan semasa membuat penanaman menggunakan keratan
batang. Antara bahan tersebut ialah, serbuk penggalak akar, poli bag, sudip dan
sekatur.
·
Potong dahan pokok yang dipilih sepanjang 12cm.
·
Masukkan tanah ke dalam poli bag dan mampatkan.
·
Buatkan lubang menggunakan jari atau dahan
sedalam 3 cm tempat untuk cucuk dagan tumbuhan.
·
Celupkan hujung dahan pokok pada serbuk
penggalak akar.
·
Cucukkan dahan pokok dalam lubang yang telah
dihasilkan.
·
Mampatkan tanah di sekitar dahan pokok supaya
tidak mudah jatuh.
·
Siram pokok sebelum ditinggalkan.
BAHAN
|
PENERANGAN
|
Serbuk pengalak akar
|
·
Digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan
akar pada dahan pokok.
|
Poli bag
|
·
Tempat menanam dahan pokok yang ingin
dihasilkan.
|
Sudip
|
·
Digunakan untuk memasukkan tanah ke dalam poli
bag.
|
Sekatur
|
·
Digunakan untuk memotong dahan.
|











No comments:
Post a Comment