Minggu 2
Tema: Proses penanaman biji benih
Selamat pagi,
Pada minggu ini, kami didedahkan dengan membuat beberapa perkara penting dalam proses tanaman. Antaranya kami telah diterangkan mengenai membaja, meratakan tanah dan membuat biji semaian.
1) Pertama sekali, Puan Salina telah menerangkan mengenai proses yang akan dilakukan sepanjang membuat tanaman. Beliau memberi sedikit penerangan dan tunjuk ajar di dalam kelas. Kami diminta untuk mengemas lot.

2) Perkara pertama yang kami buat adalah menambah tanah yang mana sebelum ini tanah yang kami gembur tidak mencukupi dan perlu ditambah tanah semula. Setelah selesai menambah tanah langkah seterusnya adalah memabur baja di sekitar tanah lot.



BAJA
- Menurut Puan Salina, baja merupakan perkara yang asas dan penting dalam pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Baja juga merupakan campuran kimia bagi menggalakkan pertumbuhan. Kebanyakkan tanaman menggunakan baja pada tanah dan ada juga yang menggunakannya pada akar.
Baja terdiri daripada 2 jenis :
1) Baja asli
- mengandungi bahan-bahan organik atau daripada mikroorganisma hidup
- sumber haiwan, sumber tumbuhan, sumber mineral
2) Baja organik
- manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.
Tujuan membuat pembajaan
- Membantu merawat dan pulih tanah
- Membantu menyimpan air
- Membantu mengawal kadar pH tanah
- Membantu merangsang pertumbuhan dan kegiatan mikro.
2) Selain itu, kami telah meratakan bahagian yang telah digembur dan ditaburkan baja. Cara meratakan adalah dengan menggunakan alat yang boleh menarik dari hujung ke hujung lot supaya dapat meratakan tanaman.

3) Aktiviti yang terakhir kami lakukan adalah membuat penyemaian biji benih. Sebelum itu, Puan Salina telah memberi keterangan mengenai penyemaian dan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak boleh dilakukan. Puan Salina telah menunjuk di depan terlebih dahulu sebelum kami melakukannya di tapak lot sendiri. Kami telah diberikan dua jenis biji benih yang berlainan dan perlu mencampurkannya di dalam pasir.
4) Kenapa menggunakan pasir putih? Hal ini disebabkan tanah adalah berwarna hitam gelap dan jika menggunakan pasir putih dan campurkannya dengan biji benih akan menampakkan biji benih tersebut. Selain itu, kami telah membuat 4 lapisan yang mana 2 lapisan adalah untuk biji benih pertama dan dua lagi lapisan untuk biji benih yang seterusnya.


Setelah mencampurkan dan membuat lapisan, kami telah menabur campuran tersebut pada lot.
4) Kenapa menggunakan pasir putih? Hal ini disebabkan tanah adalah berwarna hitam gelap dan jika menggunakan pasir putih dan campurkannya dengan biji benih akan menampakkan biji benih tersebut. Selain itu, kami telah membuat 4 lapisan yang mana 2 lapisan adalah untuk biji benih pertama dan dua lagi lapisan untuk biji benih yang seterusnya.


Setelah mencampurkan dan membuat lapisan, kami telah menabur campuran tersebut pada lot.
Nisbah yang digunakan untuk membuat penyemaian:
Pasir Putih : Biji Benih
4) Setelah selesai menburkan biji benih, kami telah membuat jaring di sekeliling atas tanah lot. Hal ini bagi mengelakkan cahaya mata hari secara terus dan bagi mengelakkan serangga.









No comments:
Post a Comment