Minggu 3
Tema : Eksperimen tanah
1.
Pengenalan kepada eksprimen yang akan
dijalankan.
Sebelum kami memulakan tugasan pada hari ini,
Dr. Husna telah memberi pendedahan serba sedikit mengenai tugasan yang kami
akan jalankan pada hari ini. Kami telah diperkenalkan dengan cara-cara untuk
mengukur pH tanah, mengenali jenis tanah yang terdapat di lot masing-masing dan
mengenalpasti struktur tanah. Kami telah diperkenalkan dengan jenis-jenis tanah
yang ada dan kaedah untuk meneutralkan tanah sekiranya tanah terlalu berasid
atau beralkali. Seterusnya Dr. Husna telah memberikan kami lembaran kerja yang
mana kami akan gunakan sebagai rujukan untuk membuat eksperimen.
2.
Menjalankan eksperimen pengujian tanah.
Terdapat 3 jenis eksperimen yang telah kami
lakukan pada hari ini iaitu;
a.
Menentukan tekstur tanah melalui cara medan.
b.
Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
c.
Membandingkan kadar pengaliran air menerusi
tanah.
Eksperimen 1:
menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan.
Terlebih dahulu Puan Salina memberi penerangan mengenai cara
membuat eksperimen ini dan juga sedikit penerangan mengenai bahan yang akan
digunakan untuk menjalankan eksprimen ini. Eksperimen ini dibuat terlebih dahulu
kerana kaedahnya yang memerlukan masa agak lama untuk mendapatkan keputusan
akhir.
Langkah-langkah:
·
Masukkan 40 hingga 50 g tanah ke dalam balang
gas.
·
Isikan air ke dalam balang gas sehingga tiga
perempat penuh.
·
Tutup mulut balang dengan penutup dan goncangkan
campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
·
Letakkan balang gas di atas meja semalaman tanpa
gangguan.
·
Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang
mendap. Catatkan dalam jadual.
·
Hitungkan peratusan pisahan tanah.
·
Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan
segi tiga tekstur tanah sistem Atterberg.
kesimpulan:
Daripada eksprimen ini kami dapat mengenali jenis tekstur
tanah kami iaitu sandy clay loam yang mana merupakan tekstur tanah yang agak
baik. Keputusan ini didapati berdasarkan daripada jadual sistem Atterberg.
PISAHAN
|
KETINGGIAN
(MM
|
PERATUS
(%)
|
Pasir
|
1.7
x 100
2.5
|
68%
|
kelodak
|
0.05
x 100
2.5
|
2%
|
Tanah
Liat
|
0.7
x 100
2.5
|
28%
|
TEKSTUR
TANAH
|
“Sandy
Clay Loam”
|
|

Eksperimen 2:
menentukan tekstur tanah melalui cara medan.
Kaedah merupakan kaedah yang sangat mudah untuk digunakan
dan hasil keputusannya juga cepat diperolehi. Tetapi hasil daripada keputusan
ini agak tidak tepat dan kurang sesuai untuk menentukan tekstur tanah. Kaedah
ini digunakan untuk mendapatkan keputusan yang cepat daripada eksperimen yang
dibuat.
Langkah-langkah:
·
Ambil lebih kurang 20 g sampel tanah.
·
Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga
dapat dibentuk.
·
Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk
bebola,reben,rod dan gelang.
kesimpulan:
Daripada kajian ini, setiap bentuk yang dihasilkan mendapat
bentuk yang cantik tanpa ada retakkan yang mana menunjukkan tekstur tanah kami
adalah baik. Jikalau terdapat retakkan pada bentuk yang dihasikan itu bermakna
tanah tersebut kurang baik.
PEMERHATIAN
|
KEPUTUSAN
|
Rod tidak dapat dibentuk (tanah
sangat berpasir)
|
|
Bebola dapat dibentuk (pasir
berloam)
|
√
|
Rod dapat dibentuk (tanah loam)
|
√
|
Rod membentuk U tetapi tidak dapat
membentuk gelang (loam tanah liat)
|
|
Gelang yang retak-retak (tanah
liat berpasir)
|
|
Gelang dapat dibentuk (tanah liat)
|
√
|
Eksperimen 3: membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.
Kaedah ini digunakan bertujuan untuk memerhati seberapa
banyak tanah menyerap air yang diterima. Tanah yang menyerap air banyak adalah
antara tanah yang kurang baik kerana tanah itu akan menyerap air lebih banyak
berbanding akar tumbuhan dan ini menunjukkan tanah tersebut adalah keras dan
boleh menyebabkan berlakunya takungan air. Manakala tanah yang sangat kurang
menyerap air juga tidak bagus kerana air akan terus masuk ke dalam tanah tanpa
ada yang tersisa di permukaan tanah.
Langkah-langkah:
·
Keringkan sampel-sampel tanah selama 2 hingga 3
hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih.
·
Pasangkan radas seperti yang ditunjukkan dalam
rajah.
·
Sukat air suling sebanyak 50ml dengan
menggunakan silinder dan masukkan ke dalam bikar 100ml.
·
Dalam masa yang sama, tuangkan 50 ml air suling
ke dalam radas dan tentukan isi padu air yang mengalir keluar ke dalam bikar
dalam masa 10 minit.
·
Catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam
jadual yang berikut.
kesimpulan:
Keputusan dari kajian yang kami buat, kami mendapati tanah
kami kurang menyerap air dimana banyak air yang jatuh ke dalam bikar iaitu
sebanyak 40 ml daripada 50 ml yang dituang ke atas tanah. Oleh itu, semasa
menyirap batas, kami perlu menggunakan banyak air supaya tumbuhan mendapat
bekalan air yang secukupnya. daripada kajian ini juga kami telah membuat pemeriksaan kadar pH tanah dimana pH tanah kumpulan kami ialah 6.1. Manakala air tanah kami pula ialah pH 6.18. kesimpulannya, tanah kami dalam keadaan yang neutral.
BATAS
|
ISIPADU
AIR (ml) SELEPAS 1 MIN
|
pH
(Air)
|
pH
(Tanah)
|
1
|
30
|
6.41
|
6.0
|
2
|
38
|
5.97
|
4.9
|
3
|
40
|
5.85
|
5.1
|
4
|
35
|
6.1
|
4.2
|
5
|
25
|
6.06
|
4.9
|
6
|
35
|
6.14
|
4.9
|
7
|
30
|
5.70
|
4.9
|
8
|
30
|
5.5
|
6.4
|
9
|
40
|
6.6
|
6.2
|
10
|
39
|
6.44
|
5.9
|
11
|
40
|
6.18
|
6.1
|









No comments:
Post a Comment