Minggu 1
Tema: Penyediaan tanah
1. Pengenalan kepada aktiviti dan
peraturan ladang.
Setibanya kami di ladang, kami
diberikan sedikit maklumat mengenai aktiviti yang kami akan jalankan sepanjang
semester ini oleh Dr.Husna. Sebelum kami memulakan apa-apa jenis aktiviti di
ladang, kami telah didedahkan dengan peraturan-peraturan yang perlu kami patuhi
sepanjang berada di dalam kawasan ladang. Antaranya ialah;
a. Jangan bermain dengan rakan
semasa menjalankan aktiviti.
b. Jangan menggunakan alatan yang
tidak diketahui cara penggunaannya.
c. Memakai pakaian yang sesuai
semasa menjalankan aktiviti.
2. Pembahagian tanah lot dan saiz
setiap lot.
Pada awalnya kami ditugaskan
untuk membahagikan tanah lot kepada 11 kumpulan dengan ukuran setiap lot adalah
5x10 kaki. Setiap jarak antara lot adalah 2 kaki manakala lot depan dan
belakang adalah sebanyak 5 kaki. Pembahagian dibuat menggunakan tali bagi
mendapatkan ukuran yang tepat dan lurus dengan lot kumpulan lain. Setelah
mengenal pasti kedudukan lot masing-masing, kami menggunakan kayu sebagai
penghadang di sekeliling tapak lot dan ukuran penghadang tersebut sama dengan
ukuran tapak lot.
3. Membersihkan dan menggembur
tanah.
Setelah selesai pembahagian tapak
lot, seterusnya kami membersihkan lot kami dengan membuang segala rumput-rumput
serta benda asing yang terdapat di lot kami. Seterusnya setelah semua aktiviti
pembersihan selesai, kami mula menggemburkan tanah menggunakan cangkul. Caranya
adalah dengan mengorek tanah sedalam sekurang-kurangnya 1 kaki bagi memudahkan
akar tumbuhan tumbuh dengan mudah. Selain itu, kami juga didedahkan dengan
penggunaan mesin penggembur tanah oleh Encik Abang. Mesin penggembur ini
merupakan alat yang digunakan untuk memudahkan proses menggembur tanah dan untuk
mendapatkan hasil gemburan tanah yang halus dan tidak berketul.





